ImmuSAFE bakal digunakan dalam pengesahan keberkesanan vaksin

oleh Mohamad Hanif|
Ujian biocip ImmuSAFE COVID+ bakal digunakan sebagai salah satu ujian untuk mengesahkan keberkesanan pelbagai vaksin yang digunakan di Malaysia, selaras dengan matlamat untuk mencapai imuniti kelompok daripada COVID-19 di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Nasional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa ujian tindak balas imun bagi vaksin-vaksin COVID-19 akan dilakukan menggunakan teknologi biocip ImmuSAFE, yang dibangunkan bersama antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Sengenics dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

ImmuSAFE adalah ujian serologi makmal COVID-19, multi-antigen dan multi-domain pertama di dunia (pemeriksaan serum darah) yang terdiri daripada 9 domain atau lingkaran protein Nucleocapsid (N) dan Spike (S) SARS-CoV-2 menggunakan teknologi lipatan protein KREX Sengenics (Sengenics’ KREX protein folding technology).

Ujian ini adalah kuantitatif sepenuhnya, membolehkan penyaringan sampel COVID-19 secara pantas, bagi membolehkan diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya, serta pengukuran dan penyetempatan pengikatan antibodi (quantitation and localisation of antibody binding) bagi mengenal pasti saling hubungan antibodi pelindung, berterusan serta pembangunan sistem imuniti yang kukuh terhadap jangkitan SARS-CoV-2 masa depan.
 

 


Ujian ImmuSAFE juga membolehkan pengujian kuantitatif antibodi pelindung terhadap COVID-19 (prevalence of protective antibodies against COVID-19), yang dikeluarkan oleh sistem imun tubuh, sama ada secara vaksinasi ataupun semula jadi semasa jangkitan. Ini bermakna ImmuSAFE memberikan suatu kaedah pengesahan yang boleh diukur, dalam mengesahkan keberkesanan sebarang pelan imunisasi tanpa mengira jenis vaksin.

Ujian ImmuSAFE ini mempunyai kepekaan dan kekhususan 100% - dan telah disahkan oleh IMR, agensi penyelidikan bio-perubatan KKM.

Ini menjadikan kit ujian ini suatu platform yang ideal untuk mengesahkan kebolehan vaksin untuk mengimunisasi populasi secara berkesan, serta aplikasi lain dalam kajian seroprevalence COVID-19.

Pada acara yang sama, MARii juga mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan KKM untuk melaksanakan kajian longitudinal berkenaan antibodi daripada pesakit yang telah pulih daripada COVID-19, atau pada pesakit yang tidak bergejala (asymptomatic patients).

Kajian longitudinal ini akan melibatkan pemerhatian dan ujian kuantitatif dalam jangka masa yang ditetapkan untuk menentukan kemampuan individu untuk mengekalkan antibodi pelindung dalam sistem imun mereka.
 
ImmuSAFE boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang mempunyai pelbagai titer (titres) antibodi yang berpotensi meneutralkan SARS-CoV-2 (various titres of potentially neutralising antibodies).

Data dan hasil kajian ini dapat mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai pola imunisasi dan pengurusan kesihatan di masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Upacara ini juga menyaksikan pelantikan MKM Global Holdings (anak syarikat milik penuh Institut…
Hezeri Samsuri
Malah siaran akhbar itu menekankan sektor automotif tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang…