"Imej teruk", SsangYong sah tukar nama kepada KG Mobility

oleh Mohamad Hanif|
SsangYong merupakan sebuah syarikat automotif Korea Selatan yang mempunyai sejarah yang cukup panjang walaupun nama SsangYong itu sendiri hanya muncul pada tahun 1986.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun disebabkan oleh masalah kewangan yang melanda serta imej yang teruk memaksa nama SsangYong akhirnya digugurkan daripada muka bumi, di mana ia bakal dikenali dengan nama baharu KG Mobility.

Ini kerana menurut pengerusi syarikat induk baharu SsangYong, KG Group, Kwak Jea-Sun menjelaskan nama SsangYong tidak lagi diperlukan biarpun mempunyai sejarah selama 35 tahun.

Dalam satu acara, Kwak menyebut, "Nama (SsangYong) mempunyai peminat dengan kenangan yang indah, namun ia juga mempunyai imej yang teruk.
 

ssangyong


"Bermula sekarang, semua kereta baharu SsangYong yang bakal dilancarkan akan menggunakan nama KG. Walaupun dengan nama baharu, sejarah SsangYong Motors tidak akan berubah.

KG Group merupakan syarikat gergasi kimia dan keluli yang telah mengambil alih pemilikan SsangYong daripada Mahindra pada pertengahan tahun 2022,  dengan penguasaan sebanyak 61.86 peratus.

Sebagai pengeluar automotif tertua di Korea, SsangYong Motor bermula sebagai Ha Dong-Hwan Motor pada tahun 1954 sebelum ia diambil alih oleh SsangYong Business Group pada tahun 1986.

SsangYong Motors sebelum ini pernah dimiliki oleh Daewoo Motors dan SAIC, sebelum diambil alih oleh Mahindra Automotive pada tahun 2010.

Sumber: The Korea Herald

Berita Berkenaan

Berita Global
Melihatkan kepada jumlah jualan Mahindra yang merosot teruk 88 peratus pada Mac lalu, syarikat itu…