Imej terkini Mazda CX-90 2024 dedah penggunaan trenkuasa PHEV baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Imej terbaru Mazda CX-90 2024 telah mendedahkan kereta itu bakal menggunakan trenkuasa plug-in hibrid baharu atau dikenali sebagai E Skyactiv PHEV.

Mazda CX-90 2024 bakal menjadi model pertama Mazda yang ditawarkan dengan trenkuasa PHEV untuk pasaran seluruh dunia.

Imej tersebut menunjukkan reka bentuk bahagian belakang dan lencana 'Inline 6', tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya untuk varian PHEV atau varian berbeza.

 

cx90

 

Sebelum ini, Mazda mengeluarkan model CX-60 yang dikuasakan oleh enjin 4 silinder 2.5 liter dipadankan dengan trenkuasa PHEV menghasilkan sehingga 323 HP dan 500 Nm.

Mazda dilihat sedang rancak membangunkan pelbagai model crossover termasuk CX-50 hinggalah CX-90, berbanding Mazda 6 yang sebelum ini dirancang untuk menggunakan enjin 6 sebaris dengan pacuan roda belakang.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Setelah debut pada model CX-60 pada tahun lepas, enjin 3.3 liter 6 silinder sebaris turbo itu kini…
Berita Global
Selain daripada nama baharu, ia juga dijangka akan membawakan enjin serba baharu - nadi e-Skyactiv…