Imej smart #3 muncul di laman web kementerian China

oleh Mohamad Hanif|
smart dilaporkan bakal melancarkan sebuah lagi crossover berkuasa elektrik yang diberikan nama #3, berdasarkan imej yang diperoleh dari laman web Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti smart #1, smart #3 merupakan projek kerjama antara Mercedes-Benz dan Geely dengan menggunakan senibina Sustainable Experience Architecture (SEA).

Berbanding smart #1 dengan dimensi sepanjang 4,270 mm, smart #3 nampaknya mempunyai saiz yang lebih besar, dengan ukuran sepanjang 4,440 mm dan jarak antara roda 35 mm lebih panjang.
 

smart


Ia juga menampilkan bentuk yang lebih sporti, di mana garis bumbung lebih ke arah sebuah SUV coupe.

Namun, kedua-dua model tersebut membawakan persamaan dari segi rekaan, di mana terdapat jalur LED nipis yang menghubungkan kedua-dua lampu utama depan dan belakang, serta rekaan tiang C yang memberikan ilusi bumbung terapung.

Berdasarkan informasi daripada Car News China, smart #3 bakal ditawarkan dengan konfigurasi trenkuasa elektrik yang sama seperti #1.
 

smart


Varian asas mungkin sekali hadir dengan motor elektrik pacuan roda belakang menghasilkan 268 hp.

Varian talaan Brabus pula menambah sebuah lagi motor elektrik 154 hp pada gandar hadapan dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 422 hp.
 

smart


Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, syarikat automotif Proton telah pun disahkan akan menjual EV smart #1 pada suku keempat tahun hadapan (Q4 2023).

Mereka menyasarkan jualan sebanyak 800-1,000 unit setahun dengan jumlah jualan keseluruhan mencecah 10,000 unit menjelang tahun 2027.

Berdasarkan info tersebut, smart #1 (dan smart #3) berkemungkinan besar akan diposisikan di dalam segmen EV mewah dengan harga jualan melebihi julat RM150,000.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…