Imej sebenar Kia Sorento 2021 tersebar - pelancaran rasmi Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
Rasanya baru beberapa hari kami mendedahkan rupa sebenar serta informasi berkenaan model facelift Kia Sorento 2021 yang terbocor di internet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan kemunculan tanpa sebarang pelekat samaran di sebuah jalan di California, baru-baru ini. 

Walaupun ia bertaraf facelift, Kia Sorento nampaknya memiliki dimensi yang lebih besar berbanding model terdahulu, selain menampilkan beberapa elemen-elemen yang lebih agresif di bahagian luaran. 

 


Kia memetik beberapa elemen yang ada pada SUV kecil Seltos untuk dipakaikan pada Sorento, termasuklah gril hidung harimau, lampu utama yang lebih tajam serta rekaan bumper yang lebih agresif. 

Kedudukan lampu nyalaan siang LED juga diposisikan rendah, dan kelihatan lampu kabus dengan rekaan menegak di bahagian bumper. 
 


Bahagian belakang pula menampilkan lampu utama jenis LED menegak seakan rekaan lampu Kia Telluride.

Rekaan bumper belakang juga dilihat sedikit sibuk dengan kehadiran liang udara palsu serta elemen krom metalik melintangi bahagian tersebut. 
 


Berdasarkan imej yang terbocor tempoh hari, rekaan papan pemuka juga turut menerima kemas kini dengan penampakan skrin besar di tengah, butang kawalan yang diapit oleh corong pendingin hawa, dan kehadiran tombol gear berputar seakan unit yang terdapat pada Range Rover.

Kia Sorento 2021 dikhabarkan akan diperkenalkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show pada Mac ini. 

Sumber imej: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Trenkuasa plug-in hybrid yang diperkatakan ini merangkumi penggunaan enjin turbo empat silinder…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah penggunaan platform serba baharu yang menawarkan struktur ruang enjin…
Berita Global
Kia nampaknya telah pun menerbitkan beberapa keping gambar teaser yang memperlihatkan ruang dalaman…