Imej sebenar jentera F1 2022 terbocor awal

oleh Mohamad Hanif|
Musim Formula 1 tahun ini baharu tinggal berbaki 15 pusingan perlumbaan lagi, namun para peminat sukan berprestij ini sudah boleh melihat imej sebenar jentera yang bakal digunakan untuk musim perlumbaan tahun hadapan berikutan perubahan peraturan yang dilaksanakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, imej jentera ini terbocor lebih awal sebelum acara pengenalan rasmi yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh sebulan lagi bertempat di Silverstone.

Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada LiveGP, perubahan yang lebih besar didapati adalah rekaan jentera yang lebih ringkas dan lebih bersih di mana ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap kesan yang diwujudkan oleh sayap hadapan serta komponen aerodinamik yang lain.

 


Malah model CAD menunjukkan dimensi jentera lumba F1 2022 lebih pendek berbanding jentera sedia ada dan ia sepatutnya mampu menyelesaikan permasalahan di mana sesetengah jentera sukar untuk dipotong disebabkan perbezaan dimensi panjang.

Selain daripada itu, difahamkan saiz rim dikatakan membesar dari 13 inci kepada 18 inci untuk musim perlumbaan tahun hadapan.

 


Tahun 2021 menyaksikan satu lagi perubahan regulasi di mana F1 mula menetapkan had perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh sesebuah pasukan untuk jentera F1.

Untuk tahun ini, had perbelanjaan ditetapkan pada $145 juta (RM604 juta), dan akan dikurangkan kepada $140 juta (RM583 juta) untuk tahun 2022.

Jadi, dengan perubahan-perubahan regulasi ini kita boleh melihat sendiri apakah magis yang bakal dibawakan oleh setiap pasukan terhadap jentera F1 serba baharu ini.

Sumber: LiveGP

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…