Imej rendering pertama SUV hibrid Ferrari Purosangue didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Berita ini mungkin akan sedikit mengecewakan para peminat sejati kuda liar Ferrari apabila syarikat tersebut mengumumkan akan melancarkan sebuah crossover SUV dalam masa beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dinamakan sebagai Purosangue (baca: PUR-o-SAN-gue) itu bakal menggunakapai sistem pacuan kuasa hibrid walaupun tiada sebarang info dan maklumat lanjut mengenai enjin yang bakal menghuni di bawah bonet SUV tersebut. 

 


Tatkala tiada sebarang gambar rasmi tersebar atau cebisan info yang mampu memberikan idea bagaimana rupa sebenar SUV daripada Ferrari ini, seorang pereka ildar_project (Instagram) telah hadir dengan lakaran berkomputer tunggal Purosangue tersebut. 
 

 


Lakaran tunggal ini menampakkan Purosangue daripada arah belakang dengan meminjam beberapa elemen Ferrari seperti lampu berbentuk bulat, serta posisi nombor pendaftaran yang menyerupai bukaan udara pada bahagian belakang 488.

ildar_project turut menambah elemen agresif pada SUV ini dengan penambahan rear diffuser, tip ekzos berkembar pada kiri dan kanan serta garisan-garisan diagonal merentasi bahagian sisi kenderaan. 

Sekiranya crossover Purosangue ini menjadi kenyataan, ia bakal menjadi pesaing terus kepada SUV Lamborghini Urus yang telah diperkenalkan pada tahun ini di dalam segmen SUV berprestasi tinggi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Gaya Hidup
Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…