Imej Proton Saga Anniversary Edition tertiris sebelum pelancaran rasmi esok

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa jam sahaja sebelum pelancaran rasmi Proton Saga Anniversary Edition sebagai menyambut ulang tahun yang ke-35 yang dijadualkan berlangsung pada esok hari menerusi pelancaran dalam talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, seperti biasa, terima kasih kepada rakyat Malaysia (sumber gambar: Ajerul), kita dapat melihat beberapa perubahan yang bakal dibawakan pada  model sedan segmen A buatan tempatan itu. 

Berdasarkan pengamatan sekali imbas, antara perubahan yang dibawakan pada Saga berwarna hitam ini termasuklah kehadiran kit badan yang merangkumi spoiler depan dan belakang, skirt sisi, serta elemen warna kuning pada jalur gril dan perumah cermin sisi. 
 


Selain daripada itu, bahagian kluster meter juga kini menampakkan kemasan kuning mengelilingi panel meter (menyerupai Bezza?), serta bahagian tombol pendingin hawa dan bingkai di bawah corong udara. 

Menurut rakan media Funtasticko, kemasan kit badan yang dibawakan pada Saga Anniversary Edition ini merupakan penawaran untuk varian premium. 

Namun, disebalik penawaran tersebut, tempat duduk Saga nampaknya masih lagi kekal dengan jenis fabrik dan bukan balutan kulit.

 


Apapun, nantikan sahaja pelancaran rasmi Proton Saga Anniversary Edition yang akan berlangsung pada esok hari (9 Julai). 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…