Imej penuh Honda HR-V generasi ketiga tertiris!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi generasi ketiga Honda HR-V bakal membuat kemunculan rasmi (18 Februari ini) dan nampaknya kita dapat melihat terlebih awal imej sebenar crossover segmen B itu berdasarkan imej paten yang tersebar baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan perbandingan kepada gambar acah yang diterbitkan oleh Honda pada bulan lalu, ternyata imej paten tersebut membawakan persamaan rekaan dengan model sebenar.

Di bahagian hadapan crossover tersebut menampilkan lampu utama yang jauh lebih nipis dan tajam berbanding model terdahulu, bukaan gril yang lebih besar, rekaan bampar serba baharu dan rekaan hidung yang lebih tinggi.

 


Bahagian sisi pula masih mengekalkan ciri rekaan SUV coupe, pemegang pintu belakang yang tersorok kemas pada tiang C, sementara bahagian belakang pula menampilkan persamaan rekaan dengan lampu hadapan - nipis dan tajam.

Difahamkan, Honda HR-V generasi baharu ini berkongsi platform dengan Honda Jazz/Fit yang tidak memasuki pasaran Malaysia (Singapura ada!).

 


Berdasarkan gambar teaser terdahulu, Honda mengesahkan model HR-V ini juga bakal mendapat trenkuasa e:HEV seperti yang terdapat pada model Jazz dan City, iaitu motor elektrik 108 PS dan 253 Nm yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter kitaran Atkinson (98 PS/127 Nm).

Honda HR-V bakal mendarat di pasaran China terlebih dahulu, diikuti dengan pasaran Eropah dan ASEAN.

Nantikan informasi penuh menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 18 Februari ini.

 

 

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…