Imej penuh Geely FY11 tertiris awal - jangkaan pelancaran Q1 2019

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Geely telah memperlihatkan rupa bentuk SUV coupe pertama mereka dengan kod nama FY11.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun butiran lanjut berkenaan model tersebut masih lagi samar-samar, sebuah laman web automotif dari China, Autohome berjaya mendapatkan gambar rasmi FY11 untuk tatapan kita semua. 

Bentuk SUV coupe tidak akan lari jauh daripada rekaan yang diperlihatkan oleh BMW X4 atau Mercedes-Benz GLC Coupe, dan Geely FY11 juga menampilkan garis luar yang begitu serupa. 

Elemen rujukan tersebut boleh dilihat pada bahagian hadapan yang kemudiannya dihubungkan kepada profil sisi kenderaan sebelum diakhiri dengan garis bumbung yang rendah. 
 


Manakala lampu utama di hadapan dan belakang pula dikatakan mengambil inspirasi daripada Audi, namun rekaan gril signatur Geely 'expanding universe' masih lagi dikekalkan. 

Elemen BMW juga masih boleh dilihat pada bahagian kabin, terutama di bahagian papan pemuka serta konsol tengah, selain menampilkan butang kawalan ala iDrive. 

Geely FY11 dibangunkan berdasarkan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang turut sama menjadi asas kepada Volvo XC40 dan keluarga Lync & Co. 
 


Sumber kuasa diambil daripada nadi empat silinder sebaris dari Volvo berkapasiti 2.0 liter dengan induksi paksaan turbo yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 235 kuasa kuda dengan sistem pacuan semua roda. 

FY11 dijangka akan membuat kemunculan di China pada suku pertama tahun ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Geely FY11, atau nama rasminya di China Geely Xing Yue telah selesai dilancarkan oleh Geely Auto,…
Berita Global
Sudah terang lagi bersuluh, Geely mahukan penguasaan terhadap pasaran SUV yang kini sedang…
Berita Global
Pada ketika itu, ia menjadi satu perkara yang mengundang kritikan oleh kerana ruang kepala yang…