Imej paten Toyota bZ SDN terdedah - sedan EV untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bZ SDN merupakan salah satu daripada 15 buah kereta konsep yang dipamerkan oleh Toyota pada Disember 2021 yang lalu.

Berdasarkan imej paten yang berjaya diperoleh, ia menunjukkan sedan berkuasa elektrik itu kini kian menghampiri fasa produksi.

bZ SDN merupakan sebuah sedan saiz pertengahan yang dibangunkan bersama jenama BYD khusus untuk pasaran China (buat masa ini).

Terdapat beberapa perbezaan yang wujud antara model konsep dengan imej paten yang muncul baru-baru ini.
 

bZ SDN


Salah satu daripadanya adalah penggunaan rim aloi 10 jejari menggantikan rim aero, diikuti dengan rekaan bampar di mana liang sisi tidak lagi disambungkan dengan unit lampu utama LED.

Selain daripada itu, ia masih lagi membawakan elemen yang sama seperti model konsep seperti rekaan bumbung terapung, profil sisi berlekuk, serta unit lampu LED dengan kelebaran penuh.

Sebelum ini, beberapa media utama melaporkan kelibat sebuah prototaip bZ SDN yang dikesan sedang diuji di atas jalan raya China.
 

bZ SDN


Kertas spesifikasi yang tertiris mendedahkan beberapa info seperti ukuran dimensi sepanjang 4,725 mm (lebih panjang daripada Corolla, lebih pendek daripada Camry), dengan jarak antara roda sepanjang 2,880 mm.

Beberapa laporan terdahulu mencadangkan bZ SDN ini akan menggunakan teknologi bateri lithium-iron-phospate LFP Blade daripada BYD, dengan mengekalkan platform eTNGA sama seperti keluarga bZ yang lain.

Sedan elektrik bZ SDN ini dijangka akan muncul pada tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan beberapa komponen yang dilihat menyamai apa yang ditawarkan daripada adik-…
Model Terbaharu
Dilancarkan secara rasmi di Thailand hari ini, Toyota Yaris Ativ mampu memberikan saingan sengit…
Berita Global
Toyota Camry Malaysia 2022   Reka bentuk Camry yang dipaparkan ini juga berbeza dengan pasaran…