Imej paten sedan elektrik Galaxy Light Geely terdedah, sedia untuk masuk produksi

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun ini, Geely dilapor melancarkan sebuah (lagi) jenama automotif mesra alam yang digelar sebagai Galaxy dengan menampilkan dua buah model baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Satu daripadanya merupakan sebuah SUV plug-in hybrid L7, manakala sebuah lagi model akan membawakan bentuk badan sedan fastback berkuasa elektrik dinamakan Galaxy Light.
 

Galaxy


Imej paten sedan elektrik tersebut kini muncul di pejabat pendaftaran paten Eropah yang memberikan bayangan ia kini sedia untuk diproduksikan kelak.

Berbeza daripada model konsep yang dipamerkan sebelum ini, Galaxy Light versi produksi membawakan ciri bukaan pintu yang lebih konvensional, set rim yang lebih kecil diameternya, diikuti dengan gandar depan yang telah diposisikan dekat dengan kabin menjadikan jarak antara roda yang lebih pendek.
 

Light


Ciri lain yang boleh didapati termasuklah pemegang pintu tertanam kemas, bukaan hud hadapan jenis clamshell, unit lampu hadapan yang tajam, serta unit lampu belakang yang mempunyai bar LED yang nipis.

Sedan elektrik Galaxy Light ini akan dibangun berdasarkan platform E-CMA seperti model Polestar 2 dan pelbagai model Lynk & Co.

Spesifikasi teknikal walau bagaimanapun masih lagi belum didedahkan buat masa ini, namun Geely mengesahkan model-model Galaxy ini akan menggunakan sistem bateri baharu Aegis yang direka untuk melindungi sel bateri daripada kebakaran sewaktu kemalangan.

Baca: Geely lancar jenama automotif baharu Galaxy

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…