Berdasarkan pendaftaran paten yang berjaya ditemui di Brazil, ia memperlihatkan rupa paras sebenar Accord generasi baharu tanpa sebarang pelekat samaran.

Seperti yang diduga, Honda Accord generasi baharu bakal mendapat muka depan baharu dengan unit lampu yang lebih nipis, gril yang direka semula, rekaan bampar yang lebih segar, sementara unit lampu belakang pula mendapat rekaan serba baharu diikuti dengan bampar belakang baharu.
Terdapat kemungkinan Honda akan mengekalkan penawaran trenkuasa sedia ada, terdiri daripada enjin 1.5 liter turbo menghasilkan 192 hp atau nadi 2.0 liter turbo berkuasa 252 hp, serta tidak ketinggalan trenkuasa hibrid 2.0 liter (212 hp).

Tiada sebarang gambar ruang kabin didedahkan buat masa ini, namun selari dengan perkembangan semasa, Honda akan membawakan susun atur yang lebih malar segar pada bahagian tersebut, mungkin sekali membawakan elemen rekaan yang ada pada model Civic dan juga CR-V baharu.
Setakat ini Honda tidak mendedahkan sebarang tarikh pelancaran rasmi untuk sedan segmen D ini.
Sumber: Motor1