Imej Ford Bronco tertiris - rupa hadapan menyamai model generasi pertama

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum Ford memperlihatkan secara rasmi model baharu Bronco, namun kita kini dapat melihat dengan lebih terperinci rupa sebenar SUV off-road itu, terima kasih kepada laman Bronco6G.com.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Gambar yang tertiris itu memaparkan model Bronco dua pintu yang sedang dipandu di atas padang pasir, dan ia membawakan rekaan di mana bumbung dan pintu yang boleh ditanggalkan.

Namun, Ford Bronco dilihat membawakan kebijakan rekaan yang tersendiri dengan meletakkan cermin sisi berasingan daripada struktur pintu, membolehkan pemilik tidak perlu untuk mencari solusi aftermarket untuk komponen cermin sisi ketika menanggalkan pintu - satu kekurangan yang nyata buat Jeep Wrangler.

Dan daripada gambar tunggal itu juga membuktikan rekaan Ford Bronco generasi baharu ini banyak membawakan inspirasi daripada generasi pertama Bronco seperti lampu bulat diikuti oleh rekaan gril.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ford Bronco akan didatangkan dalam tiga bentuk badan yang berbeza, iaitu dua pintu, empat pintu serta sebuah lagi model yang lebih mesra untuk jalan raya, Bronco Sport.

Ford Bronco dijadualkan pelancarannya pada 13 Julai 8.00 pm EST (14 Julai, 8 pagi waktu Malaysia).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…