Imej belakang trak pikap Triton tersebar - pinjam lampu dari Pajero Sport

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah pun melihat dengan lebih terperinci bayangan muka hadapan Mitsubishi Triton yang akan memakai elemen Dynamic Shield pada muka hadapan trak pikap tersebut, dan masih tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk belakang pada facelift kali ini.

Namun, menerusi satu gambar intipan yang diperoleh daripada Autoweek Belanda, sebuah trak pikap yang dipercayai versi facelift trak pikap Triton itu dikatakan memiliki rekaan lampu belakang yang serupa pada lampu Mitsubishi Pajero Sport dikesan sedang diuji di sebuah jalan di kawasan berhampiran. 

 


Seperti yang anda saksikan pada gambar yang sengaja dikaburkan, rekaan guide light LED tersebut sama memanjang ke bawah sebagaimana yang diperoleh daripada penderma asal, namun mungkin pihak Mitsubishi akan menyesuaikan rekaan lampu belakang tersebut supaya menepati reka bentuk sebenar trak pikap Triton. 

Sebelum ini Mitsubishi telah mendedahkan imej baharu Triton facelift dengan tarikh pelancaran rasmi dijangka pada  9 November 2018, beberapa minggu sahaja daripada sekarang. 

Mitsubishi Triton facelift baharu ini dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi kuasa dan prestasi, ketahanan, keselamatan serta perincian penghalusan yang lebih baik berbanding trak pikap Triton sedia ada di pasaran. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Memandangkan sebelum ini Mitsubishi telah mengesahkan menerusi sekeping gambar teaser yang…
Berita Global
Menurut Autonetmagz, perancangan tersebut timbul setelah pihak Mitsubishi Motor Krama Yudha Sales…
Uncategorized
Kerjasama Aston Martin bersama Triton, syarikat terkemuka di dalam penghasilan kapal selam mewah…