Imej AI ini menunjukkan rupa generasi baharu beberapa model ikonik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kemajuan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) sememangnya menunjukkan kemajuan yang menakjubkan terutama sekali dalam menghasilkan imej untuk memberi gambaran rupa sesuatu perkara yang belum pernah terjadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerapkan teknologi itu dalam industri automotif, syarikat kereta lusuh dari UK, Scrap Car Comparison telah menghasilkan imej yang menunjukkan rupa beberapa model ikonik jika ianya kembali dan terus dihasilkan.

 

2

 

Pasukan di Scrap Car Comparison menggunakan AI untuk membayangkan bagaimana rupa rangkaian kereta terkenal jika pengeluar mereka membawanya semula ke dalam pengeluaran dalam tempoh sepuluh tahun akan datang

Antara imej model dihasilkan termasuk model klasik yang telah dihentikan seperti Morris Minor dan Austin Metro.

 

3

 

Ia termasuk model yang lebih moden, seperti Mercedes A-Class, Dodge Challenger dan Audi TT, dimana ada yang bakal dihentikan mulai 2024.

Melalui teknologi penghasilan imej itu, kita dapat membayangkan bagaimana rupa salah satu kereta popular di dunia, iaitu Volkswagen Beetle.

 

4

 

The Beetle antara salah satu model terlaris dalam sejarah automotif, dengan jualan lebih 22.5 juta unit selama bertahun-tahun, dimana ia turut menjadi inspirasi untuk beberapa filem ikonik seperti 'Herbie' dan 'Transformers'.

Selaku peminat francais 'Back To The Future', DeLorean DMC-12 pastinya mengamit memori dengan menampilkan pintu gaya gull-wing bersama panel badan keluli tahan karat.

 

6

 

Sayang sekali DMC-12 merupakan satu-satunya legasi DeLorean tanpa pengganti, dan pastinya imej AI itu menunjukkan bagaimana rupa generasi baharu DMC-12.

Namun pada tahun 2022, rupa konsep bagi model EV DeLorean iaitu Alpha 5 telah didedahkan, dimana ia jelas menunjukkannya sebagai pengganti kepada DMC-12.

 

5

 

Dalam filem Fast X yang ditayangkan tahun ini juga, model DeLorean Alpha 5 turut muncul semasa adegan watak antagonist iaitu Cipher telah memandu kereta tersebut

Terdapat beberapa lagi model ikonik lain yang diberi kemas kini moden termasuk Morris Minor, Hummer H2 dan Ford Capri melalui imej AI tersebut yang pastinya akan menarik perhatian penggemarnya.