Imej acah Honda HR-V 2021 didedahkan!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Honda HR-V nampaknya tinggal mengira masa sahaja untuk dilancarkan, dan Honda telah mendedahkan beberapa keping gambar teaser yang menampakkan imej sebenar Honda HR-V generasi kedua itu.
Modenas

Menerusi gambar teaser yang didedahkan itu, Honda HR-V mempunyai rekaan belakang yang nampak lebih matang dengan pendekatan bersegi pada bahagian lampu, namun rekaan pemegang pintu belakang masih lagi kekal sama macam model terdahulu.
 

bumbung suria


Unit lampu belakang juga tampil lebih nipis dengan struktur yang melebar ke arah logo di bahagian pintu belakang, sementara dalam satu lagi gambar teaser memaparkan Honda HR-V yang dipasang dengan bumbung suria yang besar tanpa sebarang bukaan panel.

 


Honda turut mengesahkan bahawa HR-V generasi baharu ini bakal mendapat skrin infotainmen yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay nirwayar, penambahan tweeter pada panel pintu belakang serta butang kawalan pendingin hawa yang sama didapati pada model Jazz dan City.
 

tweeter


Setakat ini tiada sebarang informasi berhubung nadi kuasa yang bakal ditawarkan, namun gambar teaser itu mengesahkan bahawa generasi baharu HR-V ini akan turut mendapat trenkuasa e:HEV yang didapati pada model Jazz dan City, iaitu motor elektrik 108 PS dan 253 Nm yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter kitaran Atkinson (98 PS/127 Nm).

 


Honda akan memperlihatkan secara rasmi SUV segmen B ini pada 18 Februari ini.

Sumber: Paultan

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak pun lama selepas pelancaran generasi baharu crossover subkompak Honda HR-V, beberapa gambar…
Model Terbaharu
Apa yang pasti, rekaan luaran Honda HR-V 2022 ini nyata lebih minimalis, lebih bersih rekaannya…
Berita Global
Berdasarkan perbandingan kepada gambar acah yang diterbitkan oleh Honda pada bulan lalu, ternyata…