Imbau kembali: Esna Venera kereta sport pertama Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kira-kira tiga belas tahun yang lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan Esna Venere, yang dimomokkan sebagai kereta sport pertama Malaysia.

Esna Venere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan yang bernama Esmail Naziadin.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kereta buatan tangan ini pada jangkaan awalnya mula dikeluarkan di kilang pengeluarannya yang terletak di Selangor pada 2006 dan hanya terhad kepada 150 unit sahaja.

 

Dengan harga sekitar RM500,000 hingga RM800,000, hampir 20 unit telah ditempah sebelum pelancaran dan telah menjadikannya kereta buatan Malaysia paling mahal pernah dihasilkan.

 

px1

 

Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder supercharged dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang dikatakan mampu menghamburkan kuasa 300 hingga 350 hp, turut dikatakan kereta jenama Malaysia paling laju pada ketika itu.

 

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon.

 

 

Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.

 

Perancangan awal Enasports Sdn Bhd adalah untuk membawa prototaip unit produksi Esna Vanere ke Geneva Motor Show pada 2006 dan menguji jentera tersebut dalam perlumbaan ketahanan 24-jam Le Mans.

 

Namun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere telah ditamatkan serta-merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

 

Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta sport ikonik kebanggaan Malaysia!

 

Foto ihsan dari Autoworld.com.

 

 

px 3

Berita Berkenaan

Informasi
Diantara barisan model motosikal mereka, terdapat satu divisi dimana divisi model ini lah yang…
Informasi
    Dianggarkan satu bilion pengguna mempercayai jenama Continental setiap hari! Continental…
Berita Global
Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang…