Imbas kembali: Honda Civic Si Super Street tahun 2000

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pameran SEMA edisi 2019 istimewa buat Honda kerana ia menjadi platform untuk syarikat itu menyambut ulangtahun ke-60 di Amerika Syarikat.

Satu model istimewa yang dipamerkan Honda ialah Honda Civic Si yang memenangi pertandingan ubahsuai pada tahun 2000.

Honda mengeluarkan semula unit yang berada dalam simpanan mereka dan mempamerkannya di SEMA 2019. Di sebalik Civic Si ini ada kisah menarik.

Pada tahun 2000 Honda menganjurkan satu pertandingan yang dikenali sebagai Honda Civic Si Challenge. 
1999 Civic Si Heritage Super Street Build

 

Pertandingan tersebut disertai oleh empat buah majalah iaitu Car and Driver, Sport Compact Car, Popular Mechanics dan Super Street.

Honda memperuntukkan USD10,000 untuk mengubahsuai Civic Si standard kepada kereta lumba, drag, pertunjukan atau kesemuanya sekali. 

Pemenang akhirnya diumumkan dan majalah Super Street terpilih. Penulis tidak menemui spesifikasi terperinci tetapi pengubahsuaian oleh SS ini benar-benar mewakili dunia modifikasi pada era tersebut.

Spoiler tinggi, kit badan, roda aloi two piece berwarna krom-perak, grafik badan corak api dan kerusi bucket penuh.

Selepas menang, Civic Si itu dijadikan replika oleh Mattel™ sebagai model skala 1:18.

 

1999 Civic Si Heritage Super Street Build

 

Satu lagi perkara menarik ialah unit yang memenangi pertandingan tersebut kemudiannya disimpan oleh Honda Amerika sebagai simbolik kepada era ubahsuai awal kurun ke-21.

Keputusan tersebut dilihat tepat kerana trend ubahsuai adalah warisan dalam sejarah dunia automotif.

Peminat dunia ubahsuai pada era milenium berkemungkinan boleh mengaitkan modifikasi sebegini dan trend itu sudah pun berusia hampir dua dekad!

 

1999 Civic Si Heritage Super Street Build

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini dibuktikan berdasarkan laporan daripada majalah Jepun Young Machine yang mendedahkan beberapa…
Berita Global
  Jazz G4 sebenarnya dilihat kembali kepada formula generasi pertama (GD) iaitu reka bentuk bulat…
Berita Global
Menurut Shinya memberitahu Top Gear, Honda e varian Type R berkemungkinan besar akan menyertai…