Imagine by Kia - konsep gabungan segmen sedan, SUV, crossover

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Segmen crossover merupakan gabungan antara dua segmen yang berbeza, seperti contoh hatchback yang diberikan penampilan sebuah SUV, atau MPV dengan elemen SUV. 

Namun, anda perlu memerhati dengan teliti konsep "Imagine by Kia" - sebuah kereta konsep yang tidak dimiliki oleh mana-mana segmentasi kenderaan pun. 

Anda boleh katakan ia sebuah sedan, tapi bukan sebuah sedan. Nak kata SUV pun bukan, dan ia juga bukanlah sebuah crossover tradisional. 

Pening bukan? 

 


Menurut Kia, kereta konsep pelik yang merupakan 'pemusnah kategori' dan jika anda rajin hasilkan diagram Vann dengan tiga bulatan yang berbeza, Imagine by Kia ini letaknya di tengah-tengah pertindihan tiga bulatan tersebut.

Di hadapan, lampu utama LED dikelilingi oleh jaringan lampu nyalaan siang - juga dari LED dan Kia menggelarkannya sebagai 'kelopak mata'. 

Kia juga memakaikan konsep lampu sama untuk bahagian belakang dan menyembunyikan lampu membelok daripada pandangan umum, sangat sesuai bagi mereka yang sangat malas untuk memberi isyarat. 
 


Menghiasi ruang roda ialah rim bersaiz 22 inci yang dibaluti dengan tayar daripada Goodyear. 

Seperti mana yang kami pernah siarkan sebelum ini, Imagine by Kia ini menampilkan 21 buah skrin beresolusi tinggi yang disusun membentuk satu alunan berombak melintangi papan pemuka. 

Kia tidak merancang untuk memproduksikan kenderaan dengan konfigurasi skrin tersebut, ia sebenarnya pendekatan Kia untuk mengkritik kecenderungan industri terhadap penggunaan skrin besar di dalam kereta masa kini. 
 


Memandangkan ia dibangunkan berdasarkan kereta elektrik, ruangan kabin Imagine by Kia ini sememangnya luas dan sangat futuristik. 

Tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan sistem trenkuasa yang bakal memacu Imagine by Kia ini, mungkin ia akan kekal sebagai kereta konsep sahaja.