Ikrar Ramadan Selamat Volvo galak rakyat Malaysia amalkan penjarakan sosial

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan bulan Ramadan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan baru-baru ini, Volvo Car Malaysia menyokong usaha penjarakan sosial menerusi Ikrar Ramadan Selamat (Ramadan Safe Pledge).

Menerusi kempen ini, Volvo Car Malaysia akan memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia yang berikrar untuk mengekalkan penjarakan sosial dengan baucer GrabFood bernilai RM10.

Kempen ini berlangsung bermula 4 Mei sehingga 23 Mei 2020, 10.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari di tapak mikro http://bit.ly/MYVolvoSafePledge dengan ikrar yang dimuat naik oleh peserta di Instagram.

Dalam tempoh 20 hari ini, Volvo Car Malaysia akan memberikan 10,000 baucer GrabFood bernilai RM100,000.

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan membuat hantaran semula di Instagram dengan menggunakan satu daripada lima imej yang ditemui di laman mikro kempen Ikrar Ramadan Selamat Volvo.

Sebagai alternatif, ikrar ini juga boleh dilakukan terus melalui laman Instagram Volvo Car Malaysia menerusi klik pautan di dalam bio atau Instagram Stories.

 


Setiap hantaran perlu disertakan tag @VolvoCarMalaysia serta tanda pagar #MyVolvoSafePledge.

Baucer akan diemel terus kepada 500 peserta pertama yang berjaya setiap hari dan ia akan dipilih berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' serta penyertaan satu kali sahaja.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua terkesan oleh COVID-19 dan pelaksanaan PKP bermakna kita perlu mengamalkan norma baru dalam kehidupan seharian kita. Walaupun sesetengah perniagaan dibenarkan untuk beroperasi, majoriti daripada kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

“Jadi, kami mahu lakukan apa yang kami boleh untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Maka terlahirlah kempen Ikrar Ramadan Selamat yang menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menguatkan lagi komitmen ‘duduk di rumah’ mereka. Setiap ikrar yang terpilih akan diberi ganjaran baucar. Lebih daripada itu, ini adalah ikrar dalam diri setiap orang untuk memainkan peranan mereka dalam meratakan lengkungan, ketika para profesional penjagaan kesihatan terus berusaha melindungi dan menyelamatkan nyawa.”

“Sebagai jenama kereta yang sebati dengan rakyat Malaysia dan membawa banyak kenangan indah, kami harap melalui kempen ini, kami boleh membantu meringankan cabaran yang mungkin dihadapi dalam tempoh ini kerana kita bersama-sama dalam perkara ini, dan sedikit bantuan tetap bermakna. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada rakan Muslim dan semoga mereka diberi keberkatan sempena bulan yang mulia ini,” kata Jain.  

 


Bersempena dengan Hari Raya, Volvo Car Malaysia akan melancarkan tawaran istimewa bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2020.

Volvo Car Malaysia menawarkan pakej perkhidmatan penyelenggaraan selama lima tahun (VSA5+) untuk pemilik baru dan semua model kereta.

Di samping itu, Volvo Car Malaysia akan memberi pakej Recharge untuk model terpilih bernilai sehingga RM30,888 dan Hager Wallbox untuk varian PHEV terpilih bernilai sehingga RM8,000.

Sebagai tambahan, sebarang tempahan yang dibuat secara dalam talian akan menerima pakej Polestar Optimisation percuma bernilai RM5,200. Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila hubungi pengedar Volvo Car pilihan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ikrar Ramadan Selamat atau Promosi Raya, sila lawati  http://bit.ly/MYVolvoSafePledge atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia (http://bit.ly/VolvoMY-FB) dan Instagram (http://bit.ly/VolvoMY-IG) bagi mendapatkan lebih banyak makluman terkini.  

Untuk tempahan dalam talian, sila kunjungi pautan ini: http://bit.ly/VolvoMY-booking

 

Add new comment