Ikon Medan Tempur Bersara: Land Rover Keluar Dari Khidmat Tentera UK

oleh Qalif Latif|
Selepas lebih tujuh dekad menjadi tulang belakang mobiliti ringan, Tentera Darat British kini mengesahkan bahawa penggunaan kenderaan Land Rover dalam perkhidmatan ketenteraan akan ditamatkan sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Keputusan ini menandakan penutup kepada satu era panjang sejak model pertama Land Rover diperkenalkan pada tahun 1948, sebelum tentera British membuat tempahan awal hampir 1,900 unit pada tahun 1949. Sejak itu, kenderaan 4x4 ikonik ini menjadi simbol kekuatan mobiliti tentera bukan sahaja di UK, malah di seluruh dunia.

Land Rover

 

Pengganti dicari menerusi program LMV

Kementerian Pertahanan UK kini sedang menjalankan proses pemilihan untuk menggantikan Land Rover melalui program Light Mobility Vehicle (LMV). Kenderaan baharu ini dijangka diumumkan dalam masa terdekat, dengan unit pertama bakal memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2030 serentak dengan pengunduran penuh Land Rover.
Light Mobility Vehicle (LMV)

 

Walaupun peranan Land Rover telah lama dilengkapi oleh platform lebih moden dan khusus, ia masih memainkan fungsi penting sebagai kenderaan mobiliti ringan dan pengangkutan logistik. Setakat tahun 2025, dianggarkan sekitar 5,000 unit masih aktif digunakan oleh Angkatan Tentera British.

Legasi panjang dan simbol ketenteraan

Menurut Menteri Defence Readiness and Industry, Luke Pollard, hubungan antara Land Rover dan Tentera British adalah sesuatu yang sangat ikonik.

Beliau menyatakan bahawa imej Land Rover dalam livery tentera merupakan simbol yang cukup sinonim dengan sejarah ketenteraan UK, dan wajar diberikan penghormatan sebelum beralih kepada teknologi baharu yang lebih relevan dengan keperluan masa kini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, pelbagai varian Land Rover telah digunakan dalam pelbagai peranan, termasuk model seperti Series IIA Ambulance, Pink Panther, versi amfibia SIIA 109, serta varian Wolf yang lebih moden dan lasak.
Light Mobility Vehicle (LMV)


 

Unit lama kini jadi buruan pengumpul

Menariknya, sebahagian unit Land Rover tentera kini mula dilelong kepada orang awam melalui platform seperti MOD Sales. Harga bergantung kepada kondisi dan spesifikasi, namun secara umumnya lebih murah berbanding model klasik di pasaran komersial.

Bagi peminat kenderaan ketenteraan atau kolektor, ini mungkin peluang terakhir untuk memiliki sebahagian daripada sejarah sebuah jentera yang telah berkhidmat dalam pelbagai konflik dan operasi selama lebih 77 tahun.
Land Rover

 

Peralihan ini jelas menunjukkan perubahan landskap ketenteraan moden, di mana keperluan terhadap teknologi baharu, perlindungan lebih baik, dan keupayaan digital semakin menjadi keutamaan berbanding platform tradisional seperti Land Rover.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai alternatif yang jauh lebih menarik, muncul satu binaan luar biasa dikenali sebagai Osprey…
Berita Global
Pilihan Warna Dan Trim Baharu Land Rover Classic kini menawarkan beberapa warna baharu…
Berita Global
  Pelanggan turut menerima bantuan dari Classic Works di Conventry, United Kingdom dan Essen,…