Iklan lesen terbang - pejabat Menteri Pengangkutan buat laporan polis

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu laporan polis telah dilakukan berkaitan iklan-iklan lesen terbang di laman-laman web.

Laporan tersebut dilakukan oleh Chung Yi Fan, Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi Menteri Pengangkutan Anthony Loke. 

Menurut laporan tersebut, Yi Fan mendakwa ada pihak tertentu yang tidak dikenalpasti menjual lesen terbang di Facebook.

Lesen terbang ialah lesen memandu tanpa perlu menduduki latihan dan ujian memang wujud sejak beberapa tahun dahulu.

Iklan tersebut dipaparkan oleh akhbar China Press pada 20 Jun lalu. Menurut laporan akhbar tersebut, iklan di Facebook itu menawarkan dokumen lesen memandu bagi pelbagai kelas kenderaan (B2, B, D dan PSV serta sebagainya) dari harga RM990 sehingga RM2,900 kepada pembeli yang berminat tanpa perlu menduduki sebarang ujian.

 

police report

 

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Petaling Jaya pada jam 10.09 pagi. Yi Fan ditemani oleh Lim Swee Kuan, Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan.

Sedikit musykil kerana mengapa perkhidmatan haram itu boleh diiklankan di media sosial tanpa sedikit perasan risau. Careta cuma mampu datang dengan dua kemungkinan sahaja - iklan itu iklan palsu atau individu yang menawarkan "lubang" lesen terbang itu berani kerana yakin tidak dapat disentuh oleh undang-undang.

Syabas kepada pihak Menteri kerana sekali lagi turun padang tanpa perlu menunggu rakyat membuat laporan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, lokasi tersebut sangat popular di kalangan pelancong disebabkan kedudukan landasan…
Berita Global
Dalam satu kenyataan media, pejabat Perdana Menteri South Australia, Peter Malinauskas menjelaskan…
Informasi
  Selain itu, beliau berkata, polis juga akan menyiasat sama ada kumpulan remaja terbabit memiliki…