Iklan Kasut Roda Suzuki Jimny dari Australia - Kami mahu satu!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki Jimny, nama yang kami rasa anda pun sudah bosan mendengar tiap kali kami menaikkan jenama SUV kecil yang hadir dari Jepun itu. 

Pada pandangan penulis, resepi yang Suzuki cuba tampilkan kali ini nampaknya menjadi, sehinggakan Jimny menjadi satu fenomena di seluruh dunia. 

Manakan tidak, baharu sahaja beberapa bulan dilancarkan, sudah banyak firma penala dan pembuat kit badan kustom tampil dengan pelbagai jenis modifikasi ala-ala Defender, Jeep dan juga G-Wagen. 


Di Jepun, Jimny diklasifikasikan sebagai sebuah kei-car, dengan enjin tiga silinder 658 cc dengan kuasa 63 hp dan 96 Nm daya kilas. 

Untuk pasaran luar dengan kit badan yang sedikit lebar, enjin 1.5 liter ditawarkan dengan kuasa 101 kuasa kuda dan 130 Nm, jadi dari atas kertas memang biasa-biasa sahaja.

Namun, apa yang mengkagumkan ialah keupayaan off-roadnya yang tidak padan dengan sebuah SUV bersaiz kecil, dan pakej inilah yang berjaya membuatkan Suzuki tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan dari seluruh dunia. 

 


Di Australia, Suzuki mempunyai satu idea yang sangat pelik - menggunakan Jimny sebagai sepasang kasut roda bagi memperlihatkan keupayaan off-road sebenar SUV tersebut. 

Sebut sahaja apa juga permukaan bumi yang ditempuh, 'kasut roda' Jimny itu mampu menawan dengan mudah (biasalah iklan). 

Ia juga didatangkan dengan lampu kabus dan lampu undur yang menyala sekiranya pengguna 'mengundurkan' kasut roda Jimny tersebut. 

Melihatkan kepada panjangnya barisan yang menunggu kehadiran Jimny (tidak termasuk di Malaysia ya), mungkin ada baiknya jika Suzuki menghasilkan sendiri kasut roda Jimny itu bagi mengubat kerinduan kami terhadap SUV off-road tersebut.

 


Setidak-tidaknya, boleh juga jana pendapatan tambahan bagi meningkatkan lagi produksi Jimny untuk pasaran global, tak begitu Suzuki?