Ikea bakal guna 100 peratus kenderaan tugas berat sifar emisi menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penjual perabot dari Sweden, Ikea komited untuk mengubah keseluruhan armada kenderaan tugas berat dan sederhananya kepada kenderaan sifar emisi menjelang 2040 di pasaran OECD, China dan India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengurus Kelestarian, Operasi Rantaian Bekalan, IKEA Supply AG Elisabeth Munck af Rosenschöld berkata, "kunci untuk mempercepatkan penggunaan trak sifar emisi adalah dengan bekerjasama dengan yakin merentasi industri pengangkutan dan mewujudkan kejelasan hala tuju.

"Elektrifikasi pengangkutan memainkan peranan penting dalam menghapuskan penggunaan bahan api fosil di dalam rantaian bekalan IKEA.
 

IKEA


Langkah ini merupakan sebahagian daripada matlamat IKEA untuk menjadi syarikat positif iklim menjelang 2030, memandangkan pada ketika ini IKEA sangat bergantung kepada penggunaan pengangkutan. 

Secara purata kira-kira 2 juta penghantaran dibuat setiap tahun, menjadikan langkah ini amat penting untuk mengurangkan tahap pelepasan emisinya.
 

IKEA


Ikea merupakan salah satu daripada lima jenama besar termasuklah Unilever, JW Steel, Maersk dan DPD yang mengumumkan pergerakan EV100+ untuk mengubah armada pengangkutan sedia ada kepada kenderaan sifar emisi yang dimulakan oleh The Climate Group, organisasi antabangsa bukan bersifat keuntungan.

IKEA juga dalam satu kenyataan akan mula memasang lebih 400 tiang pengecasan EV di 25 buah lokasi di Amerika Syarikat menerusi kerjasama dengan Electrify America.

Sumber: IKEA

Berita Berkenaan

Informasi
Nampak lawak, tapi jika tidak diambil perhatian sewajarnya, keadaan sedemikian sebenarnya mampu…