Tambahan juga, acara tahun ini telah memperkenalkan kategori baharu yang menarik iaitu Maraton Penuh 42.195km lebuh raya yang pertama di Malaysia.
Acara ini memberikan cabaran unik dan pengalaman mendebarkan di laluan yang saling bersambung di antara Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Sungai Besi (BESRAYA).
Pelepasan acara tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Haji Fadillah Haji Yusof,

Buat pertama kalinya, acara larian NPE dan BESRAYA digabungkan menjadi satu acara dan bukannya diadakan secara berasingan pada hari yang berbeza seperti dalam edisi sebelumnya.
Peserta maraton penuh memulakan perlumbaan mereka di hadapan Sunway Pyramid pada jam 3 pagi merentasi Lebuhraya NPE melalui Templer dan Kuchai Lama, kemudian ke Lebuhraya BESRAYA di Jalan Pandan 1 sebelum kembali ke Sunway Pyramid.
Di sepanjang laluan, peserta disajikan dengan pemandangan bandaraya yang menarik, yang menambahkan keseronokan dan memberi inspirasi kepada para peserta untuk sedaya-upaya mencapai catatan masa peribadi yang terbaik.

Cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 telah menarik minat peserta dari pelbagai latar belakang, dengan 80% terdiri daripada rakyat Malaysia dan 20% pula peserta antarabangsa.
Kategori lain yang dipertandingkan termasuk kategori 21km, 10km, 5km dan kategori Junior 1.5km yang baru diperkenalkan.
Kepelbagaian kategori ini tidak hanya menarik minat peserta maraton yang berpengalaman tetapi juga peserta yang baru berjinak-jinak dalam dunia larian.

Salah satu sorotan utama ialah pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records, yang menganugerahkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 dengan dua gelaran berprestij: "First Full Marathon on a Highway" dan "Longest Marathon Course on a Closed Highway."
Penyampaian sijil tersebut telah diadakan ketika majlis penyampaian hadiah kategori Maraton Penuh.

Acara yang dianjurkan dengan kerjasama IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad ini meletakkan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua peserta sebagai matlamat utama.
Pihak penganjur, termasuk New Pantai Expressway Sdn Bhd, Besraya (M) Sdn Bhd (kedua-dua anak syarikat IJM Corporation Berhad), dan EC Pixels Asia juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk memastikan laluan serta larian yang selesa dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Lee Chun Fai berkata “Pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” telah meningkatkan prestij acara ini dan kami berterima kasih kepada semua penaja, rakan kongsi dan juga komuniti atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi."