IIHS perketat kriteria untuk penarafan Top Safety Pick bermula tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Saban tahun, kereta semakin berevolusi bukan sekadar sebuah benda beroda empat yang mampu bergerak dari titik A ke titik B.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selari dengan kemajuan teknologi semasa, penarafan keselamatan juga perlulah dinaiktaraf bagi menjamin keselamatan para pengguna jalan raya, baik yang memandu mahupun mereka yang bukan memandu.

Bersempena tahun baharu 2020, Agensi yang bertanggungjawab menjalankan ujian penilaian kenderaan baharu, Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) telah mengubah beberapa kriteria dalam melayakkan sesebuah kenderaan mendapatkan penarafan kereta paling selamat. 

Melihatkan kepada peningkatan angka maut di kalangan pejalan kaki di Amerika Syarikat, IIHS akan memperketatkan lagi ujian dengan menambah penilaian terhadap sistem pengelakan pelanggaran pejalan kaki. 

Ciri terbaharu itu akan disusuli oleh penarafan pelanggaran kenderaan-ke-kenderaan di dalam tiga senario dan setiap satunya dengan dua kelajuan yang berbeza. 
 

sumber gambar: eDriving

Menurut Ketua Pegawai Penyelidik IIHS, David Zuby berkata, setiap tahun kami akan menilai kembali ujian yang dijalankan dan dengan cara ini, ia akan mendorong para pengeluar automotif untuk berhenti melengkapkan kenderaan mereka dengan komponen yang tidak selamat. 

"Selain itu, kami turut berharap mereka (pengeluar) untuk terus cakna dengan teknologi yang mampu melindungi nyawa para pejalan kaki," ujar beliau lagi. 

Jika mengikut regulasi terdahulu, sesebuah kenderaan layak menerima penarafan Top Safety Pick dimana sekurang-kurangnya kenderaan tersebut perlulah skor dengan baik (Good) dalam perkara berikut: 

  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah pemandu)
  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah penumpang)
  • pelanggaran overlap hadapan
  • pelanggaran sisi
  • kekuatan struktur bumbung
  • ujian kekangan kepala (head restraint)
  • prestasi lampu hadapan (bagi mengelakkan pelanggaran waktu malam) Good/Acceptable

 

sumber gambar: The Drive

Selain daripada itu, ciri standard atau opsyen brek kecemasan autonomi perlu mendapat penarafan Advanced atau Superior untuk melayakkan sesebuah model mendapat Top Safety Pick.

Bagi Top Safety Pick+ pula, sesebuah kenderaan perlulah mempunyai skor Good untuk perlindungan pelanggaran overlap (sebelah penumpang) selain prestasi lampu hadapan yang baik. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…