IDEX - Kia perlihatkan konsep kenderaan taktikal ringan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara International Defense Exhibition & Conference 2021 (IDEX) yang bertempat di United Arab Emirates, Kia memperlihatkan secara rasmi dua buah konsep kenderaan taktikal ringan serta model casis kosong (Bare Chassis).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan taktikal ringan ini dibangunkan bersama Korea's Defense Acquisition Program Administration dan boleh didapati dalam versi standard, jarak antara roda yang lebih panjang (long wheelbase), serta boleh dibina dalam versi berperisai ataupun tidak.

 

Bare Chassis


Ia boleh dikonfigurasikan bergantung kepada keperluan, seperti contoh pemantauan taktikal, pemerhatian sasaran, pemasangan senjata, atau digunakan sebagai kenderaan pelbagai fungsi.

Seperti contoh, versi LWB tanpa sebarang pemasangan perisai boleh memuatkan sehingga 10 orang askar yang lengkap bersenjata, serta memuatkan sehingga tiga tan muatan di ruang kargo belakang.

 


Sementara versi yang dipamerkan dalam acara IDEX itu mampu memuatkan sehingga empat orang dan ruangan kargo yang boleh digunakan untuk mengangkut sepasukan tentera dengan kelengkapan yang berbeza.

Kenderaan taktikal ringan ini dikuasakan oleh enjin diesel yang memenuhi piawaian Euro 5, menghasilkan 225 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

 


Beberapa ciri penting turut dimuatkan seperti sistem suspensi bebas, limited-slip differential, tayar jenis run-flat, sistem gangguan elektromagnetik dan sistem pendingin hawa.

Sebelum ini, Kia merupakan pembekal utama kenderaan taktikal kepada pasukan tentera Korea dalam tempoh lima tahun.

Baca: HMAV MILDEF 4x4 buatan Malaysia - 16 Fakta Menarik