Identiti dikenal pasti, polis sahkan 6 beranak maut dalam nahas 5 kenderaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Polis mengesahkan enam beranak maut dalam kemalangan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, membabitkan lima kenderaan petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 6.37 petang itu membabitkan lima kenderaan, iaitu sebuah Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza, selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.

 

2

 

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja pembaikan jalan raya di hapadannya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.

Lori pasir itu turut melanggar belakang Proton Wira yang juga berhenti, kemudian memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.

Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

 

3

 

Katanya, seorang lagi anak mangsa Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) di talian 079325811 atau balai polis berhampiran.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…