Idea Tesla Cybertruck sebenarnya bernilai RM4 juta - terima kasih kepada Lotus Esprit "Wet Nellie"!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 1989 (tahun penulis lahir), sepasang kekasih di Long Island telah membeli sebuah storan bernilai $100 (RM417.65), hanya mengetahui isi di dalamnya merupakan sebuah Lotus Esprit tahun 1976 selepas membukanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia bukan sebuah Lotus Esprit standard keluaran pusat pameran, ia merupakan Wet Nellie - kereta yang membuat kemunculan rasmi di dalam filem James Bond The Spy Who Love Me tahun 1977 yang boleh bertukar menjadi sebuah kereta selam dan mampu menembak musuh. 

Pasangan tersebut kemudian mendapatkan khidmat nasihat daripada pengasas Ian Fleming Foundation, Doug Redenius untuk mengesahkan ketulenan kereta sports Lotus tersebut. 

Ia kemudian mendapat perhatian daripada CEO Tesla, Elon Musk yang membesar dengan filem-filem Bond. 

 


Hanya pada tahun 2013, beliau berjaya mendapatkan Wet Nellie secara rahsia dengan menawarkan bidaan bernilai $997,000 (RM4,463,989) terhadap Lotus Esprit James Bond tersebut. 

"Membesar di Afrika Selatan dengan menonton filem James Bond The Spy Who Love Me, saya sememangnya teruja melihat sebuah Lotus Esprit yang mampu bertukar menjadi sebuah kereta selam," ujar Elon Musk memberitahu Jalopnik.

Elon Musk juga turut mendedahkan perancangannya untuk menjalankan modifikasi trenkuasa elektrik pada Lotus Esprit itu dan menjadikannya sebuah kereta selam yang mampu menyelam!

Beliau mengakui rekaan Lotus Esprit hasil karya Giorgetto Giugiaro menjadi inspirasi beliau dalam menghasilkan trak pikap elektrik terbaharu Tesla, Cybertruck. 

Jadi, tidak mengejutkan sekiranya terdapat persamaan geometrik antara kedua-dua model tersebut. 
 


Lotus Esprit diperkenalkan secara rasmi pada acara Turin Motor Show 1972 dan pelancarannya dijadualkan tiga tahun selepas itu. 

Ketika fasa promosi, pengurus PR Lotus secara sengaja memarkir sebuah model pra-produksi di luar Studio Pinewood - lokasi di mana filem tersebut dirakam dan ia kemudiannya menarik perhatian produser Albert R. Broccoli. 

Demi menjayakan proses rakaman filem tersebut, Lotus menyumbangkan sebuah model untuk dijadikan sebagai kereta selam, dua kereta 'jalanan' dan tujuh rangka gentian kaca kepada syarikat produksi. 

Wet Nellie merupakan satu-satunya kereta yang dimodifikasi untuk menjadi sebuah kereta selam, di mana ia dilengkapkan secara retrofit dengan tangki ballast, empat kipas propeller, bateri kalis air dan sirip yang ikonik itu. 
 


Kos modifikasinya mencecah angka $100,000 pada ketika itu (kira-kira $450,000 atau RM1.9 juta)!

Menurut filem 007, Wet Nellie didatangkan dengan beberapa kelengkapan yang sesuai dengan kegunaan ejen Bond, seperti bom asap, pelancar misil hadapan, serta cermin prima yang diambil daripada kereta kebal. 

Walaupun daripada luaran ia sebuah kereta selam, pemandu stunt yang merupakan seorang pesara Navy Seal terpaksa memakai pakaian skuba demi keselamatan ketika proses penggambaran. 

Tahukah anda, setelah selesai proses penggambaran James Bond The Spy Who Love Me, permintaan terhadap Lotus Esprit naik mendadak, sehinggakan tempoh menunggu untuk mendapatkan unit masing-masing mencecah sehingga tiga tahun!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…