Idea dan kreativiti dua pelajar hidupkan enjin motosikal dengan cap jari sahaja

oleh SALINA JALIL|
Dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok telah berjaya mencipta sistem imbasan cap jari untuk menghidupkan sebuah motosikal. Idea dan kreativiti dari Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof yang telah memulakan projek yang diberikan nama ‘Fingerprint Bike Starter’ sebagai projek tahun akhir mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Mereka telah mengambil masa selama enam bulan untuk mencipta sistem tersebut dan membina prototaip dan mengujinya pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik selepas melihat banyak kes-kes kecurian motosikal berlaku pada masa kini. Kedua-dua mereka membelanjakan kira-kira RM500 untuk mencipta sistem tersebut.

 


Apa yang menarik, selain untuk motosikal, sistem yang dihasilkan ini juga boleh digunapakai pada kereta yang menggunakan butang elektronik, kata mereka lagi ketika ditemui dalam program Inreach Fair and KV Skills Competition 2019 di KV Bachok, Tangok, Bachok baru-baru ini.
 

 

 

Adeeb Aideen berkata, ciptaan mereka menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari yang didapati dari luar negara.

 

“Sistem ini sukar untuk diceroboh dan motosikal yang dipasangkan ‘fingerprint bike starter’ hanya boleh dihidupkan sekiranya kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang direkod dalam sistem sahaja.

 

“Setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan,” katanya.

 

Mereka juga telah menerima tempahan memasang sistem keselamatan tersebut di kalangan pelajar dan pensyarah kolej. Setiap pemasangan mengambil masa selama 12 hari untuk setiap satu sistem sekiranya kelengkapan mencukupi.

 

Sementara itu, Pengarah KV Bachok, Rusli Idris berkata, ciptaan dua pelajar berkenaan akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bertujuan menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa depan.

 

“Ini akan membantu memperkembangkan produk ini ke peringkat lebih tinggi dan memberi nilai tambah ke atas produk berkenaan,” katanya.
 

 

 

Sumber dan gambar dari Sinar Harian Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Hyundai, lokasi pengesan cap jari ini akan diletakkan pada dua tempat, iaitu pada pemegang…