ICQ Bukit Kayu Hitam, Sadao dibuka 24 jam

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

kredit gambar: NST

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam dan Sadao akan beroperasi 24 jam bermula tengah malam ini (12.01 pagi 18 Jun) bagi meningkatkan lagi perhubungan, pelaburan dan aliran perdagangan antara Malaysia dan Thailand.

Menurut Kementerian Luar, kedua-dua negara yang bersetuju operasi komples itu dilakukan 24 jam itu, berbanding 18 jam, dilakukan secara percubaan selama tiga bulan hanya membabitkan pergerakan kargo dan barangan yang dibawa oleh lori dan kenderaan berat.

“Pelaksanaan operasi 24 jam ini dimulakan dengan majlis pelancaran yang akan diadakan pada lewat malam 17 Jun dan awal pagi 18 Jun 2019,” katanya dalam kenyataan.

Majlis tersebut akan disempurnakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Penasihat Kementerian Luar Thailand, Chaisiri Anamaarn.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Thailand juga telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan penilaian bagi mengukur keberkesanan operasi 24 jam semasa tempoh percubaan itu.

Katanya, Kedua-dua negara menikmati kerjasama dua hala yang utuh dalam pelbagai sektor perdagangan dan pelaburan dan Thailand merupakan rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand pada tahun lalu berjumlah RM105.36 bilion dengan perdagangan di sempadan meliputi lebih 60 peratus jumlah itu. – Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif…