Dengan tagline Malaysia's Most Trusted Car Bidding Platform, CarlistBid.my menggunakan rangkaian data terbesar yang tersedia dengan lebih tiga juta penjual dan tiga ribu pengedar berdaftar.
Sehubungan dengan itu, iCar Asia juga turut melancarkan pusat pemeriksaan perdana tersendiri yang terletak bersebelahan dengan Regal Valet Auto Detailing Outlet, Kampung Sungai Penchala.
Menurut Hamish Stone, Ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia, mereka telah menjalankan ujian percubaan selama empat bulan melibatkan kumpulan 100 pengedar (daripada 3,000 yang telah berdaftar) dengan jumlah jualan dicatatkan melebihi RM2.1 juta, purata sebanyak lima hari untuk melengkapkan sesebuah jualan.
CarlistBid.my memudahkan urusan pembidaan dengan empat langkah mudah iaitu
Request - pengguna hanya perlu menghantar permohonan secara atas talian
Inspect - menempah slot untuk pemeriksaan kenderaan serta nasihat yang berkaitan
Bid - setelah bersetuju dengan terma dan syarat, bidaan akan dibuka kepada pengedar bertauliah Carlist.my
Sold - tawaran yang terbaik akan diterima, diteruskan dengan proses pengalihan hak pemilik dan proses bayaran
Platform ini akan diperluas penawarannya kepada negara Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carlistbid.my atau www.icarasia.com