ICAME 2019 bertemakan "Kejuruteraan untuk Kemanusiaan"

oleh Mohamad Hanif|
Persidangan keenam International Conference on Advances in Mechanical Engineering (ICAME 2019) berlangsung pada 14-16 Ogos 2019 di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara dwitahunan ini merupakan platform kepada ahli akademik, pemain industri dan pembuat dasar untuk berkongsi dan berbincang kajian terkini, idea dan laporan dalam arena teori dan praktikal yang merangkumi aspek kejuruteraan mekanikal dan arena yang berkaitan. 

Tema ICAME 2019 adalah "Kejuruteraan untuk Kemanusiaan" yang menekankan peranan kejuruteraan dalam memberikan teknologi yang mampu memenuhi keperluan manusia moden. 

Persidangan ini dianjurkan oleh Society of Mechanical Engineering Liveliness (SoMEL) yang bernaung di bawah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam, dan dirasmikan oleh Dato' Madani Sahari, CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). 
 


Ini merupakan penglibatan kedua MARii di dalam ICAME 2019 dan telah pun diumumkan sebelum ini semasa perasmian MARii Satellite Sabah pada Februari lalu. 

Pelbagai pakar industri dari Malaysia, Jerman, Jepun dan Korea akan membentangkan pelbagai topik yang berkaitan seperti pembangunan sumber manusia di era Industri 4.0, teknologi pembuatan termaju serta aplikasi di dalam industri automotif.

Kira-kira 164 kertas kajian dari Malaysia, Indonesia, India, Jerman, Korea Selatan, China, Jepun, Netherlands, Austria, Republik Czech, Thailand, Nigeria, Russia dan Iraq telah dihantar, dengan 140 daripadanya telah pun diterima untuk diterbitkan untuk jurnal seperti Journal of Mechanical Engineering dan Evergreen Journal.
 


Selain daripada bengkel pendidikan, akan berlangsung sesi memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara:

  • MARii dan MFRC Korea
  • UiTM dan MFRC Korea
  • UiTM dan Shibaura Institute of Technology Japan
  • UiTM dan Virtual Production Engineering of Technische Universitat Chemnitz, Jerman.