Ibubapa disaman kerana anak tunggang basikal lajak

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

Empat kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun ditahan di Jalan Besar Balik Pulau kerana menunggang basikal mereka dalan keadaan merbahaya kelmarin.

Aksi tersebut dikesan oleh anggota polis yang meronda di kawasan tersebut pada jam 10.30 malam. Keempat-empat kanak-kanak itu ditahan dan di bawa ke balai polis Balik Pulau.

Polis menghubungi semua waris mereka untuk diambil keterangan dan kesemuanya dikenakan saman di bawah Kaedah 42 (a) (a) LN 166/59, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Polis turut menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah untuk hadir ke balai polis untuk tindkan pihak sekolah.

Kesemua kanak-kanak tersebut dibebaskan setelah ibubapa mereka membayar saman.

Careta secara rasmi mengucapkan tahniah kepada pegawai polis di Balik Pulau kerana mengambil tindakan susulan. 

Sekiranya semua balai polis di seluruh negara membuat perkara yang sama, insya Allah isu ini dapat dikurangkan. 

Careta juga harap pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen dan mengenakan saman terhadap ibubapa mereka juga kerana setiap tahun, ramai pelajar terbunuh dan tidak dapat menuntut sebarang ganti rugi insurans kerana tidak ada lesen.

* Berita diambil dari Astro Awani

** Gambar utama cuma gambar hiasan

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara perlepasan lebih 1,500 orang peserta pertandingan tersebut dilangsungkan di Isuzu Alor Setar…
Berita Domestik
Semasa pelancaran di Melaka tahun lalu, ofo merancang untuk mempunyai 2,000 unit basikal  dan mahu…
Berita Global
Aplikasi GOWES tersebut diperkenalkan kepada para pengunjung taman monumen tersebut yang ingin…