Ibu pejabat Lebuhraya PLUS jadi Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI)

oleh SALINA JALIL|
Ibu Pejabat PLUS merupakan syarikat lebuh raya pertama yang membekalkan sejumlah 2,000 dos vaksin jenis Pfizer setiap hari
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama yang diaktifkan sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) untuk memberi vaksin kepada 2,000 individu sehari.


Menurut PLUS, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama Primer Cherang dan Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memilih Ibu Pejabat Persada PLUS sebagai salah satu daripada 14 lokasi imunisasi awam untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Kapasiti Lonjakan Operasi (Operation Surge Capacity) bagi memastikan semua orang dewasa akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan.

 

Sehingga Ahad 25 Julai, PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) telah melaporkan lebih 16 juta dos yang terdiri daripada dos pertama dan dos kedua telah berjaya diberikan, di mana kira-kira 11.5 juta penduduk telah menerima dos pertama mereka dan lebih daripada 5.4 juta telah divaksin sepenuhnya dengan dua dos.

 

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata mereka bangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

 

“Lebih pantas kita capai sasaran untuk membolehkan kita masuk ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki, perniagaan boleh pulih,” kata beliau yang dipetik kenyataan itu.

 

PLUS berkata pihaknya akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan Protect Health, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pemberian vaksin Persada PLUS, orang ramai boleh melawat laman web www.plus.com.my dan laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn.

 

 

 

- Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Upacara penyampaian cek bernilai RM30,000 disempurnakan oleh Datuk Azman Ismail selaku Yang Di-…