Ibu negara Chile diisytihar darurat - rakyat protes kenaikan harga pengangkutan awam Metro

oleh HEZERI SAMSURI|
Tindakan kerajaan Chile untuk menaikan harga keretapi bawah tanah di ibu negaranya, Santiago menyebabkan protes hebat oleh rakyat di sana.

Kebanyakan yang melakukan protes itu terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah dan universiti tempatan.

Keadaan menjadi huru-hara apabila kumpulan protes mula membaling batu, menyerang stesen-stesen bawah tanah metro, menyebabkan kebarakan dan menghalang trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka juga mula membaling batu dan menyerang kenderaan polis.

Santiago mempunyai landasan Metro sejauh 140 km dengan 136 stesen.

Harga tiket telah dinaikkan kepada US$1.17 (RM4.90) untuk satu perjalanan ketika waktu puncak.

Kerajaan Chile memberikan alasan peningkatan harga bahan api dan nilai peso yang lemah.

Bayangkan jika harga tambang LRT/MRT naik sebanyak itu. Adakah kita juga akan mula membuat demonstrasi ganas? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pusat mencuci kereta tersebut dilaporkan disaman kerana menggunakan nama perniagaan ’Star Wash’…
Berita Global
Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan…
Berita Global
  Di Rusia, di mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak…