Ibu, anak maut, tayar lori pecah di LPT 2

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang wanita dan anak maut, manakala suaminya parah selepas lori dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di KM362.9, di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran Plaza Tol Bukit Besi, di Dungun pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Isnaini Mohd, 42, dan anaknya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizurah Abdul Kadir berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tiga tan dipandu suami Isnaini, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, hilang kawalan selepas tayar belakang pecah ketika dalam perjalanan dari Kuantan menghala Kuala Terengganu.

Katanya, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Manir selepas dikatakan selesai mengambil bekalan peralatan pendawaian elektrik.

"Akibat lori hilang kawalan, ketiga-tiga mangsa tercampak keluar daripada kenderaan dengan Isnaini dan anaknya disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Khairul Syahmi pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Dungun (HD) untuk rawatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya berharap pihak polis menyelesaikan siasatan kes itu secepat mungkin, dan pemandu terbabit…
Berita Domestik
Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kes kemalangan maut yang berlaku dan tidak akan…
Berita Domestik
Menurutnya, hasil kajian mendapati faktor utama peningkatan kemalangan maut adalah disebabkan…