G Manufaktur, sebuah program kustom dalam talian yang memberikan opsyen-opsyen kepada para pemilik untuk mereka bentuk luaran serta dalaman yang serba eksklusif.
Bermula dari pilihan rim yang pelbagai, 23 warna luaran yang mahal bergantung kepada warna sedia ada, sehinggalah kepada warna trim dalaman yang juga boleh dipilih dari segi eksklusif sehinggalah kepada kombinasi warna yang pelik dan aneh.
Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memasang trim dua tona merah dan hitam di bahagian stereng namun untuk tempat duduk pula boleh memilih gandingan warna hitam dan hijau terang.
Aneh bukan?