IAA 2019 - Bayaran bulanan Honda e serendah RM1.5k (termasuk subsidi kerajaan UK)

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, Honda telah pun mengumumkan spesifikasi rasmi bagi model hatchback berkuasa elektrik Honda e yang sangat comel lote itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan kini, tiba masanya untuk kita mengetahui julat harga yang bakal diberikan kepada para pembeli yang nampaknya sudah tidak sabar untuk memiliki Honda e ini. 

Ramai yang menyangka, harga jualan yang bakal ditetapkan adalah mahal, namun ia tidaklah semahal yang disangka. 

 


Mengambil kira faktor insentif (baca:subsidi) yang diberikan oleh kerajaan UK sebanyak £3500 (RM18 ribu), harga jualan Honda e hanya bermula dari £26,160 (RM134,836) untuk varian asas berkuasa 134 hp itu. 

Kiraan mudah, anda hanya perlu membayar sebanyak  £299 (RM1.5k) sebulan selepas meletakkan deposit sebanyak £6,000 (RM30,926) bermula tahun hadapan. 
 


Untuk varian yang lebih berkuasa 152 hp, harga jualan pula meningkat kepada £28,660 (RM147,722) yang didatangkan dengan pakej Centre Mirror System, Honda Parking Pilot dan sistem bunyi yang lebih baik.

Terima kasih kepada pek bateri 35.5 kWh yang dipasang, Honda e mampu mencapai jarak operasi sejauh 220 km, di mana mengikut kata Honda "mencukupi untuk pemanduan urban". 

Manakala sistem pengecasan pantas pula mampu memberikan kapasiti 80 peratus dalam masa hanya 30 minit sahaja. 
 


Memasuki ruang kabin, Honda e menawarkan sehingga lima paparan skrin digital merentangi papan pemuka termasuk skrin berkembar  infotainmen dengan ciri mobiliti terhubung dan dua skrin paparan sisi kenderaan. 

Tiada sebarang cermin sisi dipasang pada Honda e dan fungsi ini telah digantikan oleh penggunaan kamera sisi yang mampu menghantar paparan imej masa nyata menerusi dua buah skrin itu tadi. 

Ciri kepintaran buatan juga menjadi sebahagian daripada Honda e menerusi ciri Honda Personal Assistant yang boleh diaktifkan menerusi kata sapaan "OK Honda".
 


Manakala bagi memudahkan pemandu mengakses data-data pemanduan seperti status bateri, jarak operasi, kawalan iklim serta sistem keselamatan, mereka boleh memuat turun aplikasi My Honda+ untuk berbuat demikian. 

Harus diingatkan, ia hanya dijual di pasaran Eropah sahaja buat masa ini, dengan tempahan kira-kira 31,000 yang dicatatkan dan lebih daripada 9,000 tempahan hadir dari pelanggan Honda UK sahaja!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang salah sebuah penala BMW, Alpina untuk memperkenalkan sebuah…
Berita Global
Jenama yang menggunakan huruf H italik, Hyundai mengambil langkah yang sama dengan membawakan…
Berita Global
Land Rover Defender dibangunkan berdasarkan platform monocoque D7x dan bakal ditawarkan dalam…