i-Workshop - konsep bengkel integrasi pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model perniagaan bengkel bebas bakal menyaksikan satu anjakan baharu menerusi program Integrated Workshop (i-Workshop) yang bakal memulakan operasi pertama di Senawang.

 

 

Program kolaborasi antara MARii dan MAGTECH ini menggabungkan pelbagai entiti perniagaan selepas jualan di dalam satu ekosistem, membolehkan setiap entiti memfokuskan kepada bidang masing-masing.

Penggabungan ini sekaligus akan memudahkan pengurusan setiap elemen seperti tempahan, inventori, perkhidmatan servis, dan pembayaran, semuanya di bawah satu bumbung - konsep yang sama seperti pusat servis 4S.

 

 

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARII, i-Workshop ini juga direka untuk memfokuskan kepada masalah yang biasa dialami oleh perniagaan kecil dan sederhana - ketiadaan kapasiti untuk memperluaskan skop perniagaan di dalam pasaran automotif.

Dengan adanya i-Workshop ini, tambah beliau, perniagaan bengkel bebas kini boleh memfokuskan kepada bidang yang lebih khusus, mengurangkan risiko pelaburan, serta mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

 

 

Kolaborasi ini bakal memberikan manfaat terutama kepada adaptasi teknologi aftermarket, serta pembangunan sumber manusia di dalam sektor servis dan penyelenggaraan, khususnya di dalam bidang kenderaan generasi berikutnya seperti hibrid, elektrik dan kenderaan swapandu.

i-Workshop di Senawang merupakan perintis kepada projek yang akan turut diperluaskan kepada negeri-negeri lain dalam masa terdekat.