i-Renewal - platform dalam talian untuk pemilik BMW perbaharui perlindungan insurans

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Financial Services Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran platform dalam talian i-Renewal yang menawarkan proses pembaharuan insurans motor komprehensif yang ditawarkan oleh kumpulan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi kolaborasi bersama Allianz General Insurance, BMW and MINI Comprehensive Motor Insurance Programme ini direka untuk menawarkan ketenangan minda kepada pemilik dan perlindungan sepenuhnya kepada kenderaan mereka.

Selain daripada itu, pemilik juga boleh memohon untuk mendapatkan sebut harga dengan memberikan informasi asas, atau memperbaharui polisi insurans dengan hanya beberapa klik.

 

Promosi sehingga 31 Disember ini membolehkan mana-mana pemilik BMW/MINI yang memperbaharui insurans kenderaan mereka untuk mendapatkan perlindungan Enhanced Road Warrior selama satu tahun yang merangkumi manfaat berikut:

  • Bantuan Tunda Kecemasan 24 Jam (Jarak Tidak Terhad)
  • Pembaikan Minor Tepi Jalan
  • Bantuan Teksi
  • Urusan Sewa Kereta dan Hotel
  • Bantuan Antarabangsa
  • Pengaturan Pemindahan Kecemasan
  • Rujuka ke Pusat Servis
  • Penghantaran Mesej Kecemasan

Enhanced Road Warrior ini ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, dan maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://www.allianz.com.my/enhanced-road-warrior.

Para pemilik BMW boleh mendapatkan akses i-Renewal menerusi BMW Engage di https://www.bmwfs.my/ atau aplikasi BMW Group Loyalty+ (iOS & Android).