Hyundai Venue dapat skor Top Safety Pick oleh IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun ia sebuah crossover paling kecil dalam keluarga Hyundai, namun Venue berjaya membuktikan saiz tidak pernah menjadi penghalang untuk mencapai penarafan Top Safety Pick daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan ujian terbaharu yang dijalankan oleh IIHS, Hyundai Venue berjaya memperoleh skor Superior untuk pengelakan pelanggaran dengan kenderaan untuk kedua-dua trim standard dan opsyen.

Manakala skor pengelakan pelanggaran dengan pejalan kaki pula mendapat penarafan superior dengan menggunakan sistem keselamatan opsyen yang ditawarkan.

Namun, hanya dengan penggunaan lampu projektor LED sahaja membolehkan Hyundai Venue mendapat penarafan Top Safety Pick oleh IIHS, manakala lampu standard projektor halogen pula sekadar mendapat penafaran Marginal disebabkan tahap penglihatan yang kurang memuaskan ketika pemanduan di selekoh.

Untuk mendapatkan anugerah Top Safety Pick 2020, sesebuah kenderaan perlulah mendapat skor terbaik dalam enam penilaian termasuklah:

  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah pemandu)
  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah penumpang)
  • pelanggaran overlap hadapan
  • pelanggaran sisi
  • kekuatan struktur bumbung
  • ujian kekangan kepala (head restraint)
  • prestasi lampu hadapan (bagi mengelakkan pelanggaran waktu malam) Good/Acceptable

Baca: Hyundai Venue - Crossover terkecil dari Hyundai

Sumber: IIHS