Hyundai Veloster 2020 dinobatkan sebagai "Fan Favorite" di Anugerah AutoFocus 2019

oleh SALINA JALIL|
Hyundai Veloster dinamakan "Fan Favourite" di Anugerah AutoFocus 2019 yang diadakan pada pameran Auto Antarabangsa Miami ke-49. Anugerah itu diumumkan pada majlis penyampaian anugerah AutoFocus di Miami Beach Convention Center.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di peringkat akhir, dua model yang tercalon adalah Hyundai Veloster 2020 menentang Chevrolet Camaro 2020.

 

2


Woodie Lesesne, pengasas Anugerah AutoFocus berkata,"Hyundai Veloster adalah pemenang anugerah kegemaran peminat tahun ini. Maklum balas yang diterima dari 25 panel hakim, meletakkan Veloster mengatasi pesaingnya.

 

Maklum balas dari para peminat  jelas dan ringkas, mereka menghargai keunikan dalam reka bentuk dan memilih kenderaan yang memberi pulangan sepadan dengan nilai harga yang ditawarkan. Para peminat mendapati Veloster adalah pilihan yang tepat untuk pelbagai gaya hidup yang berbeza-beza dan didatangkan dengan saiz yang memudahkan untuk di parkir." 

 

1

 

Scott Margason, Pengarah, Perancangan Produk, Hyundai Motor America berkata, “Hyundai bangga menerima Anugerah ini kerana ia membuktikan bahawa tarikan unik dan permintaan untuk Veloster ini menepati gaya hidup terkini, kerana anugerah ini ditentukan oleh para peminat sendiri yang menetap di Florida Selatan,” katanya. 


Hyundai Veloster hadir dengan dua varian, standard dan turbo dan mempunyai tiga pintu, dipadankan dengan gaya asimetri dan elemen reka bentuk luar yang lebih baik untuk model tahun 2020. 

 

2

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…