Hyundai umum ciri CVVD pertama di dunia - tingkat kuasa, jimat bahan api

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika Jepun ada Mazda yang masih kekal berdegil dengan masa hadapan enjin pembakaran dalaman (lihat sahaja Skyactiv-X), anda perlu lihat apa yang dihasilkan oleh pengeluar negara jirannya, Hyundai. 

Teknologi yang digelar sebagai Continuously Variable Valve Duration (CVVD) didakwa mampu mencapai 4 peratus lebih prestasi, tahap penjimatan bahan api 5% lebih jimat dan pengeluaran emisi kurang 12%. 

CVVD hanya mampu dicapai berdasarkan situasi berikut: 

Apabila kereta dipandu dalam kelajuan yang kekal dan memerlukan sedikit kuasa, sistem CVVD akan membuka injap kemasukan dari julat pertengahan sehingga akhir fasa lejang mampatan. 

Ia akan meningkatkan tahap keberkesanan dengan cara mengurangkan rintangan yang disebabkan oleh proses mampatan itu tadi. 
 


Apabila kereta memasuki fasa pecutan dan memerlukan kuasa yang tinggi, injap kemasukan ditutup pada awal strok mampatan, sekaligus meningkatkan amaun kemasukan udara ketika fasa pembakaran dan meningkatkan daya kilas. 

Hyundai akan memperkenalkan ciri CVVD ini bermula dengan enjin empat silinder Smartstream G1.6 T-GDi dengan kuasa 180 kuasa kuda dan daya kilas 264 Nm dengan Hyundai Sonata diberikan penghormatan sebagai model pertama dengan ciri ini. 

Selain daripada teknologi CVVD, trenkuasa ini juga akan menampilkan beberapa ciri seperti Low-Pressure Exhaust Gas Recirculation dan sistem baharu Integrated Thermal Management yang membolehkan enjin dipanaskan dan disejukkan dengan kadar yang segera untuk sistem operasi yang optimum. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…