Hyundai, Uber bangunkan teksi terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Lagi berita yang hadir dari CES, dan kali ini Hyundai pula ingin menceburkan diri di dalam arena kereta terbang!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Maaf, bukan kereta terbang sebenarnya, akan tetapi Hyundai kini menjalinkan kerjasama dengan Uber dalam membangunkan Uber Air Taxis yang akan digunakan di dalam jaringan pengangkutan udara masa hadapan. 
 


Menerusi pengumuman yang dibuat di Consumer Electronics Show (CES 2020), Hyundai akan memproduksikan dan melancarkan kenderaan terbang, manakala Uber pula akan memberikan sokongan perkhidmatan ruang udara, sambungan komunikasi, dan jaringan perkongsian kenderaan udara. 

Difahamkan, Hyundai merupakan syarikat automotif pertama yang menyertai inisiatif Uber Elevate ini. 
 


Mungkin tidak ramai yang tahu, bahawa Hyundai sebenarnya telah pun membangunkan kenderaan udara peribadi (PAV) dengan Uber, dinamakan sebagai S-A1. 

S-A1 yang kini dipamerkan pada CES 2020 merupakan sebuah kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya dan direka untuk mencapai kelajuan operasi sehingga 290 km/j pada ketinggian 300-600 meter. 

Jarak operasi pula mampu mencecah sehingga 96 kilometer. 
 


Walaupun direka untuk pemanduan autonomi, Hyundai akan memastikan S-A1 akan dikendalikan oleh juruterbang fizikal terlebih dahulu sebelum ia dibenarkan terbang dengan sendiri. 

S-A1 mampu menempatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa dan konfigurasi rotor yang digunakan adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar bunyi bising yang biasanya dialami oleh helikopter. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pada acara CES 2020 yang sedang berlangsung pada ketika ini, Sony mengambil kesempatan…