Hyundai tutup pusat pembangunan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Dorongan global terhadap trenkuasa yang lebih mesra alam mengakibatkan beberapa pengeluar kini mula menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu laporan terkini daripada Business Korea, Hyundai dikhabarkan menutup secara rasmi pusat pembangunan enjin yang terletak di Namyang Research Institute, selatan Seoul.

Artikel itu turut menyebut kumpulan trenkuasa Hyundai telah mengalami proses penstrukturan semula menjadi pasukan pembangunan trenkuasa elektrik.

Dalam satu laporan yang berbeza, The Korea Economic Daily memetik emel daripada ketua baharu unit R&D Hyundai, Chung-Kook Park yang dihantar kepada pekerjanya yang berbunyi:

"Pembangunan enjin (Hyundai) merupakan salah satu pencapaian yang hebat, namun kita harus mengubah sistem untuk mencipta inovasi masa depan berdasarkan aset hebat dari masa lalu."


 

HN


Sebelum ini, terdapat perubahan terhadap pengurusan tahap tertinggi seperti pengumuman persaraan Albert Biermann sebagai ketua R&D serta ketua rekaan Peter Schreyer yang kini mendapat jawatan baharu.

Kedua-dua individu penting itu masih lagi kekal di dalam syarikat, di mana Peter Schreyer bertindak sebagai penasihat rekaan dan duta kumpulan, sementara Albert Biermann pula akan terus menyumbang khidmat sebagai penasihat teknikal.

Sumber: Business Korea, The Korea Economic Daily

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…