Hyundai Tucson N Line - naiktaraf kosmetik semata-mata

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model yang diberikan pendekatan N Line adalah crossover Hyundai Tucson N Line dengan penampilan yang lebih sporti tanpa sebarang penawaran peningkatan kuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemasan tersebut bermula dari rekaan gril hadapan yang diberikan penampilan berbeza, di mana ia tampak lebih lebar dan tinggi berbanding gril model standard.

 


Rekaan lampu berlian juga turut diberikan sentuhan bagi menampakkan refleksi tambahan bergantung kepada sudut pandangan pemerhati, serta rekaan bezel keliling lampu berwarna hitam.

Struktur bampar hadapan kini lebih sporti dengan bukaan kemasukan udara yang lebih besar sebelum diakhiri dengan skid plate berwarna perak.

 


Cladding plastik pada bahagian arca roda telah dibuat semula mengikut warna badan, diikuti dengan kemasan hitam berkilat pada perumah cermin dan bumbung, manakala rim pula bersaiz 19 inci dengan rekaan parametrik.

Bahagian belakang pula menampilkan bampar baharu dengan reflektor lebar, diffuser terbina dan sistem ekzos dengan rekaan tip berkembar.

 

 


Kemasan yang sporti turut diberikan di dalam ruang kabin, di mana ia datang dengan balutan bahan kulit dan suede, serta jahitan kontras merah untuk tempat duduk, roda stereng N, pedal aloi dan alas bumbung hitam.

Bagi mereka yang mahukan kuasa yang lebih mungkin akan kecewa, ini kerana Tucson N Line tidak didatangkan dengan pakej naiktaraf kuasa, akan tetapi ia kini boleh didapati dengan variasi enjin yang ditawarkan pada model standard.

 


Untuk pemanduan yang lebih mengujakan, terdapat sesetengah varian yang ditawarkan dengan talaan sistem suspensi elektronik N Line yang mampu memberikan reaksi yang lebih pantas terhadap pergerakan badan dan stereng.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai i30 N dan Veloster N bukan dibuat sembarangan, di belakangnya ialah Albert Biermann…