Hyundai Tucson 2022 - generasi baharu lebih tajam, lebih radikal!

oleh Mohamad Hanif|
Crossover kompak Hyundai Tucson akhirnya memasuki generasi keempat menerusi pelancaran yang dilakukan baru-baru ini, menampilkan rekaan yang lebih radikal dan garang berbanding generasi terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga merupakan model terbaharu yang menampilkan bahasa rekaan Sensuous Sportiness menerusi penampilan gril hadapan serba baharu, serta ciri lampu utama diintegrasikan dengan gril, dinamakan sebagai Parametric Hidden Lights.

Ciri ini membolehkan lampu utama LED 'disembunyikan' apabila ia tidak digunakan.

 


Rekaan bersegi nampaknya menguasai segenap aspek luaran SUV Tucson baharu ini seperti arca roda, garisan badan yang agresif serta penampilan rim yang agak berani.

Di bahagian belakang, rekaan lampu utama pula seakan taring binatang yang dihubungkan oleh jalur LED melintangi ruang tersebut, pengelap cermin yang disembunyikan di bawah spoiler, logo Hyundai pada kaca belakang sebelum diakhiri dengan pakej bumper dan diffuser yang agresif.

 


Memasuki ruang kabin, Hyundai juga turut merombak semula rekaan papan pemuka yang bertingkat, seperti seakan sebuah air terjun.

Di bahagian tengah, terdapat skrin sesentuh infotainmen bersaiz 10.25 inci, skrin kluster digital di bahagian pemandu, serta kawalan iklim yang menggunakan sistem digital.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah sistem pencahayaan ambien dengan pilihan 64 warna dan 10 tahap keterangan, slot pengecasan nirwayar, serta tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat dan memuatkan barang sehingga 1,095 liter.

Model Tucson yang asas pula menggunakan skrin infotainmen yang lebih kecil, 8 inci namun masih lagi dilengkapi dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta membenarkan sambungan kepada dua peranti pada satu-satu masa menggunakan Bluetooth.

Tucson baharu juga didatangkan dengan aplikasi yang menggunakan Near Field Communication (NFC) membolehkan pemilik mengunci, menyahkunci, serta menghidupkan enjin dan kawalan iklim dari jarak 27 meter.

 


Di Amerika Syarikat, Hyundai Tucson didatangkan dengan pilihan enjin empat silinder sebaris 2.5 liter yang menghasilkan 187 hp, 247 Nm dan padanan transmisi automatik lapan kelajuan, serta enjin turbo 1.6 liter dengan sistem hibrid dan plug-in hybrid yang mampu menawarkan angka output sehingga 227 hp dan 350 Nm.

Antara warna yang ditawarkan termasuklah White Cream, Phantom Black, Shimmering Silver, Nocturne Gray, Amazon Gray, Flame Red, danIntense Blue.

Jualan generasi baharu Hyundai Tucson hanya akan bermula di Korea pada September ini manakala pasaran Amerika Syarikat dan pasaran global hanya akan menyusul menjelang separuh pertama tahun hadapan.