HYUNDAI TUCSON 1.6 TURBO GDI KINI DI MALAYSIA

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini telah memperkenalkan Hyundai Tucson dengan enjin turbo 1.6 GDI (T-GDI).

SUV Hyundai Tucson ini ditawarkan pada harga RM145,588 (harga atas jalan tanpa insuran).

Tucson dijana oleh enjin 1.6L diesel turbo dengan suntikan bahan api T-GDI. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 175hp pada 5,500rpm dan tork maksimum 265Nm bermula daripada 1,500 hingga 4,500rpm. Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik berkembar.

Selain itu, Tucson GDI ini didatangkan dengan lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang. Ia turut diberikan fungsi “auto-hold” pada brek, sistem pintu tailgate belakang dan rekaan rim yang lebih sporty.

Jentera ini turut menampilkan ciri seperti Vehicle Stability Management (VSM), Hill Start Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan dilengkapi dengan enam beg udara.

Bagi bahagian dalaman, ia menampilkan material kemasan kulit dan panel instrumen yang luas.

Semua varian Hyundai Tucson didatangkan dengan pakej servis percuma untuk 50,000km atau tiga tahun. HSDM turut menawarkan jaminan selama lima tahun atau 300,000km had perbatuan dan bantuan tepi jalan 24 jam.